Saturday, August 8, 2009

Ahlan Wasahlan...

Habib Ali Corner diberi nama sempena pembuka kampung tersebut yang telah banyak berbakti kepada penduduk tempatan dan juga di negeri Perak. Beliau pernah memegang jawatan Panglima Kinta di bawah Sultan Yusuf. Antara bakti beliau ialah tanah dan rumah yang didiaminya telah diwakafkan ke pihak kerajaan bagi membangun sekolah untuk rakyat pada masa itu dan ianya bermanfaat sampai sekarang. Tapak Sekolah Kebangsaan Chepor adalah tanah peninggalan beliau yang telah mengeluarkan ribuan pelajar yang berjaya sehingga ke peringkat universiti. Jasa beliau tetap dikenang oleh penduduk di daerah ini dan menjadi kebanggaan kepada anak-anak cucunya.

Bagi mengenang jasa dan minat beliau kepada makanan asal kampung maka nama warong ini dinamakan dengan nama beliau. Semoga Habib Ali Corner menjadi lestari dan ingatan dengan mengekalkan keaslian masakannya. Warong yang sangat sederhana ini terletak di depan Kg Chepor, Jalan Jelapang. Masakan ala kampung yang pernah menjadi santapan para raja, orang-orang besar di Perak hendaknya akan menjadi tarikan utama untuk semua kalangan. Dibuka untuk makan tengahari sehingga malam dan juga menerima tempahan untuk buffet.

Struktur pengurusan:

Penasihat: Tn Hj Amer Mohd Isa.
Pengurus utama: Habibah bt Hj Amer Mohd Isa.
Kasir: Ma Khairiah bt. Hj. Amer Mohd Isa
Marketing 1: Jumaaiyah bt. Hj. Amer Mohd Isa
Marketing 2: Asma ul Khusna bt. Hj. Amer Mohd Isa.
Marketing 3: Maisarah bt. Hj. Amer Mohd Isa.

Hubungi:

hp: 0124006395
emel: habibalicorner@gmail.com

No comments:

Post a Comment