Saturday, August 8, 2009

Menu: Daging


Daging Goreng Betawi

Sumber Resepi : pak_amir@yahoo.com

Bahan-bahan

Cara Membuat

  • Setengah kilo daging dipotong nipis

  • 5 biji bawang merah dipotong nipis

  • 6 ulas bawang putih dipotong nipis

  • 2 biji bawang besar dipotong bulat

  • 3 biji cili hijau dibelah dua

  • 1 cawan santan pekat

  • 1 camca lada hitam }

  • 1 camca jintan manis } di mesin halus

  • 1 camca jintan putih }

  • 1 inci halia dipotong nipis

  • 1 inci lengkuas dipotong nipis

  • Minyak untuk menggoreng

  • Garam secukup rasa dan serbuk perasa.

  1. Daging direbus dengan jintan yang dimesin tadi sampai lembut dan keringkan airnya.

  2. Daging lembut tadi digaul dengan cili, halia, lengkuas, serai, bawang- bawang yang dipotong tadi.

  3. Panaskan minyak dan goreng daging sekejap.

  4. Masukkan santan dan garam, kunyit, dan perasa keret dan lada hijau kemudian angkat

  5. Hias dengan kentang goreng tadi.

Daging Goreng Patayya

Sumber Resepi : Norhayani.Yusoff@komag.com

Bahan-bahan Cara Membuatnya
  • 500gram daging "Top Side" bahagian peha dihiris nipis

  • 3 ulas bawang putih dicincang halus

  • 10 batang cili padi dan 2 batang cili merah ditumbuk halus

  • 1 labu bawang besar dihiris nipis

  • 4 helai daun limau purut

  • Beberapa helai daun selasih (Thai Basil)

  • Segenggam daun ketumbar dicincang kasar

  • 1 batang serai dititik

  • 2 tangkai daun bawang dihiris nipis

  • 2 sudu besar sos ikan

  • 1 camca besar sos tiram

  • Sedikit gula

  • Minyak untuk menggoreng

1. Panaskan minyak dan tumiskan serai, cili padi dan cili merah sampai wangi.

2. Masukkan daging, sos tiram, sos ikan, sedikit gula, dan bawang besar.

3. Goreng sebelum dimasukkan daun limau purut, selasih dan ketumbar.

Sajikan segera.

Daging Masak Serbuk Cili

Sumber Resepi: Ariff Baharuddin @PBDKUANTAN

Bahan-bahan Cara Membuatnya:
  • Daging

  • Bawang merah atau bawang besar sesedap rasa. (lagi banyak lagi sedap)

  • Bawang putih dan halia diblend, jugak ikut citarasa

  • Kicap pekat

  • Serbuk cili

1. Tumis bawang merah atau bawang besar yang dihiris nipis. kalau ada daun kari lagi wangi

2. sesudah kekuningan masukkan Bawang putih dan halia yang telah diblend tadi dan masukkan daging

3. Masukkan air agar daging cukup empuk

4. Selepas itu, mungkin after 3-4 minit masukkan serbuk cili. Kalau tak nak pedas sangat masukkan sedikit cukuplah (itupun kalau daging sikit aje).

5. Lepas air mendidih masukkan kicap ikut citarasa kita.

6. Akhir sekali biarkan kering. .warna akan jadi hitam dan rasanya manis, pedas dan memang sedaplah.

Daging Masak Rendang Selayang

Sumber Resepi: mazhar@telekom.com.my

Bahan-bahan Cara Membuatnya:
  • Daging

  • Cili Kering

  • Bawang putih dan bawang merah

  • Halia

  • Bunga Lawang Campur
  • Jintan Manis
  • Daun Kunyit
  • Daun Limau
  • Serai
  • Lengkuas
  • Asam Keping - 2 keping
  • Kunyit Serbuk
  • Gul

1. Cili, halia, serai, bawang putih, bawang merah, lengkuas dan jintan manis diblender.

2. Bahan-bahan yang diblender dimasak dengan santan, sedikit serbuk kunyit dan kerisik.

3. Masukkan daging sehingga mendidih - Biar daging sehingga empuk.

4. Masukan daun limau, daun kunyit, asam keping dan sedikit gula, biar sehingga mendidih.

Selamat Mencuba

No comments:

Post a Comment