Saturday, August 8, 2009

Menu: Sotong

Sotong Ala Kampung

Bahan-bahan Cara Menyediakan
  • Sotong

  • Sedikit daun sup & daun bawang

  • Bawang goreng

  • Sedikit minyak

  • Garam

  • Serbuk perasa

1. Tuang sedikit minyak kedalam kuali

2. Setelah minyak panas masukkan sotong

3. Masukkan garam & serbuk perasa secukupnya

4. Setelah masak taburkan bawang goreng dan daun sup.

* Tidak perlu campurkan air kerana sotong mengandungi air.

pak_amir@yahoo.com

Sotong Goreng Ala Nyonya

Bahan-bahan Cara Menyediakan
  • 500 gm sotong dipotong lebar-lebar dan dikelar- kelarkan permukaanya.

  • 5 camca besar minyak masak

  • 2 camca besar sos tomato }

  • 2 camca besar chili sos }

  • 1 camca besar kicap cair }( A )

  • 1 camca kecil gula halus }

  • 1 camca kecil Maggi ikan bilis granules }

Bahan-bahan rempahnya

  • 5 cili merah ]

  • 2 helai daun limau purut ]

  • 10 ulas bawang merah ]

  • 4 ulas bawang putih ]

  • 1 cm halia ]( B )

  • 1 cm kunyit hidup ]

  • 2 batang serai ]

  • 1 bunga kantan ]

  • 1 camca besar belacan ]

  • Segngam daun pudina

  • Setengah biji limau nipis

  • Sedikit air tepung

  • Garam dan gula secukup rasa

  • 1 helai daun pisang untuk hiasan

1. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan B sampai wangi

2. Masukan sotong, bahan-bahan A, garam, gula dan masak 2 minit lagi

3. Masukan jus limau dan daun pudina. Hiaskan sotong diatas daun pisang


Sotong Pesemol

Bahan-bahan Cara Menyediakan
  • 1kg sotong di potong empat segi dan dikelar-kelar

  • Sedikit minyak untuk menumis

  • 1 batang cili merah dibelah dua

  • 1 batang cili hijau dibelah dua

  • 2 biji buah tomato dibelah dua

Bahan-bahan yang dimesin :

  • 8 ulas bawang merah

  • 2 ulas bawang putih

  • 7 biji cilimerah

  • 5 biji cili padi

  • 6 biji buah keras

  • 2 cm kunyit hidup

  • 2 cm halia

  • 2 batang serai dititik

  • 1 cm lengkuas

  • 1 helai daun kunyit dihiris nipis

  • 2 camca kecil Gula Jawa

  • Garam secukupnya

  • 3 keping Asam keping

  • 2 cawan santan pekat

1. Panaskan minyak dan tumiskan serai bersama lengkuas dan bahan-bahan yang dimesin sampai wangi.

2. Masukkan santan dan asam keping, didihkan perlahan-lahan sampai pekat.

3. Masukkan sotong, gula jawa, garam dan cili, tomato serta hirisan daun kunyit. Sajikan.

| Sotong Ala Kamoung || Sotong Goreng Ala Nyonya || Sotong Pesemol || Sotong Tandori Siber |

Sotong Tandori Siber

Bahan-bahan Cara Menyediakan
  • 300gram Sotong

  • 2 ulas bawang putih *

  • 4 ulas bawang merah *

  • 1 sm halia *

  • 4 tangkai cili kering *

  • 1 camca tea biji sawi *

  • 1 camca tea kismis

  • 1 camca tea cuka

  • 150 ml tairu

  • 1 camca besar mentega

  • 1 camca tea tomato puri

  • 1 camca tea serbuk ketumbar

  • ½ camca tea gula pasir

  • * = Dikisar halus.

1. Sapu ratakan seluruh sotong dengan bahan yang telah dikisar. Perap selama 20 minit.

2. Panaskan kuali dan masukkan sotong yang telah diperap. Masak dan kacau rata. Masak sehingga sotong lembut

3. Dan hidangkan panas-panas dengan nasi putih...

SELAMAT MENCUBA.

No comments:

Post a Comment