Saturday, August 8, 2009

Menu: Dari berbagai kampung di Malaysia

Thumbs up Masakan Kampung

Juadah ceruk rantau Negeri Sembilan

"Daging Salai Masak Lemak Cili Api"



Bahan-bahan:
1 kg daging lembu | dipotong nipis dan disalai
2 biji kelapa | ambil santannya
10 biji terung telunjuk
15 biji asam belimbing buluh
15 ulas cili padi | ditumbuk
4 cm kunyit hidup | ditumbuk
Garam secukup rasa


Cara Memasaknya:
1. Masukkan santan, cili padi dan kunyit yang ditumbuk ke dalam periuk.
2. Di didihkan, kemudian masukkan garam secukup rasa bersama dengan terung telunjuk dan belimbing buluh.
3. Biarkan seketika dan masukkan daging. Masak sehingga ramuan mesra dan sedia untuk dihidang.


Info:
Waktu penyediaan : 20 minit
Waktu memasak : 35 minit
Jenis hidangan : Tradisional
Keistimewaan : Hidangan daging salai cukup popular di Negeri Sembilan
Jenis penyediaan : Menu utama
Jenis makanan : Masak lemak
Jenis acara : Makan tengah hari, makan malam atau majlis keraian
Cara Masakan: Disalai dan dididihkan

------------ --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------- ------
Juadah ceruk rantau Negeri Pahang

"Pais Tempoyak Ikan Talapia"



Bahan-bahan:
1 ekor ikan talapia | saiz sederhana
3 sudu makan tempoyak baru
20 biji cili padi | ditumbuk lumat
1 labu bawang besar | diracik
1 batang serai | dihiris kecil
25 mm kunyit hidup | ditumbuk lumat
2 sudu makan santan
Garam secukup rasa
Daun pisang


Cara Memasaknya:
1. Gaul kunyit, cili padi, tempoyak, serai dan bawang bersama.
2. Lumur badan ikan dengan garam dan balut di dalam daun pisang bersama bahan-bahan tadi.
3. Tuangkan santan di atas badan ikan.
4. Bakar ikan di atas bara api samada di atas kuali atau di dalam ketuhar.


Info:
Waktu penyediaan : 10 minit
Waktu memasak : 25 minit
Jenis hidangan : Melayu
Keistimewaan : Ikan talapia adalah salah satu ikan kampung yang popular di negeri Pahang
Jenis penyediaan : Lauk utama
Jenis masakan : Pais
Jenis acara : Makan tengahari atau malam
Cara Masakan: Panggang
------------ --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------- ------
Juadah ceruk rantau Negeri Johor

"Asam Pedas Ikan Pari"



Bahan-bahan:
1 kg ikan pari
20 tangkai cili kering | dikisar
6 ulas bawang putih | dikisar
6 ulas bawang merah | dikisar
2 cm kunyit | dikisar
4 batang serai | diketuk
1 sudu makan stok ikan bilis
650 ml air
4 sudu makan asam jawa | dibancuh
dengan 300 ml air
30 gm daun kesum
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis


Cara Memasaknya:
1. Tumis bahan yang telah dikisar sehingga pecah minyak.
2. Kemudian masukkan air dan biarkan mendidih.
3. Masukkan daun kesum, serai bersama dengan air asam jawa.
4. Setelah itu, masukkan stok ikan bilis dan garam secukup rasa.
5. Masukkan ikan dan biarkan mendidih.
6. Masak sehingga ikan empuk dan sedia untuk dihidang.



Info:
Waktu penyediaan : 15 minit
Waktu memasak : 25minit
Jenis hidangan : Melayu Johor
Keistimewaan : Ramuan kisar yang digoreng garing menjadikan asam pedas ini mempunyai rasa yang istimewa dan mempunyai warna yang cukup menarik
Jenis penyediaan : Menu utama
Jenis masakan : Asam pedas ikan pari
Jenis acara : Makan tengah hari, makan malam atau pun majlis keraian
Cara masakan: Ditumis dan dididihkan

------------ --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------- -----
Juadah ceruk rantau Negeri Melaka

"Siakap Umbai Tiga Rasa"


????: Komuniti - sepaku.net http://www.sepaku.net/sepaku-dapur/195-masakan-kampung.html

Bahan-bahan:
1 ekor ikan siakap
375 ml sos tomato
250 ml sos cili
125 ml sos tiram
10 biji cili padi
1 sudu teh gula pasir
20 gm nanas | didadu
Sedikit daun bawang
Sedikit bawang goreng
Minyak untuk menggoreng


Cara Memasaknya:
1. Goreng ikan siakap hingga masak. Angkat dan ketepikan.
2. Masak semua sos dalam satu kuali hingga mendidih.
3. Kemudian masukkan nanas, cili padi dan daun bawang. Kacau sekejap dan tuang atas ikan goreng tadi dan tabur bawang goreng.


Info:
????: Komuniti - sepaku.net http://www.sepaku.net/showthread.php?t=195
Waktu penyediaan : 10 minit
Waktu memasak : 15 minit
Keistimewaan : Masam, manis, pedas menyelerakan
Jenis penyediaan : Lauk Utama
Jenis masakan : Ikan goreng sambal
Jenis acara : Makan tengah hari, makan malam
Cara Masakan: Goreng dan tumis
__________________
L ove is sumthin people fear,yet sum want it near
O f all d emotions its the most hardest 2 xplain
V ery very easy 2 hurt sumone,when u let them into
ur heart n they break it one last time.
E very time ur around sumone tht u love the most,
it's sumthin' tht words cud never xplain ur feelin'

No comments:

Post a Comment